Thursday, April 9, 2009

Mutiara Kata (Artikel Penyegar Fikiran Siri 004)

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa
musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada
dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas ialah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana
mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit ialah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal ialah orang yang akan menghuni syurga kerana
telah menggunakan akalnya sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah orang yang membiar sahaja atau membuang email
ini, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Maaf zahir dan batin.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment