Tuesday, March 3, 2009

Kutipan Tabung Keluarga

Assalamualaikum,

Merujuk kepada mesyuarat AJK pro-tem beberapa perkara telah diputuskan untuk menjayakan tabung keluarga.

Mesyuarat telah dijalankan dengan setiap keluarga yang mempunyai sepupu 18 tahun ke atas telah dijemput hadir.

AJK telah memutuskan struktur yuran seperti berikut:

1) Pendaftaran (sekali sahaja) - RM30
2) Yuran bulanan - RM50
3) Yuran Hari Keluarga - RM 50

Untuk tujuan menjayakan Hari Keluarga pada 15/3/09 telah diputuskan untuk dikutip RM230 seorang (setiap sepupu berumur 18 tahun ke atas dan telah bekerja). Iaitu RM30 + RM150 (yuran Jan-Mac 2009) dan RM 50 (hari keluarga).

Keputusan ini adalah berdasarkan kepada wakil keluarga masing-masing. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada wakil keluarga masing-masing.

AJK pro-tem akan melepasakan jawatan secara rasmi pada 15 Mac 2009, dan suatu pemilihan untuk AJK sesi 2009/2011 akan diadakan.

Senarai sepupu yang telah membayar yuran penuh akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Sekian. Wassalam.

Atan76
Timb. Setiausaha
Pro-tem Committee

No comments:

Post a Comment